Wednesday, May 27, 2009

Trip ke JELEBU...

Assalamualaikum wbt...


hehe...bersua kmbali,huhu...

Tanggal 26 Mei 2009,daku menerima panggilan daripada Fakhry "The Great Tok Ayoh", mengirimkan brita bahawa akan bertandang ke rumah daku...
Daku agak terkejut kerana tiba2 sahaja,letih la,ckap bese la...

Aku terkejut ungka la gak,sbb nk dtg pkul 11,pkul 9 bru tepon,haha..
agak lucu la,tp ok jer...
lgpn,bgus gak dorg dtg tu,perasmi dtg umah aku kt jelebu ni...


klu x,slalu gak dgr "Kupik gopu,tokse ajok doh sek2 aku g umah mu"...sape la tu,hehe,..
hm,sbnrnye,bkn xmau ajak,umah aku ni jauh sket,tkut korg serik je...hehe...
tp berkat kegigihan 4bersaudara daripada Kuliah Tibbul Asnan,fuh2,blit2 lidah...mereka pn tiba di rumah daku tatkala slpas bersolat zohor di Masjid Kampai(Nudin,bkn msjid sampai deh,haha...).

So,aku yg kebingungan ni,nk ajak dorg watpe yek...so,aku ajak la depa ni mandi jeram kt kuala pah ni,huhu...so, mandi la ktorg pn,agak lame la gak wlaupn hadi tkut air,huhu(bese la xpnah mandi,haha)...sory di grau jah,hehe...(Hadi tragedi berdarah kt jeram tu,maaf ye,huhu..)
4 rakan sedang bermandi JERANG...kuikui...=p



hm...stlh mandi jeram smpai pkul 5,kami ada agenda lain untuk mkn satay yg istimewa di JELEBU @ JOLOBU iaitu satay TULANG,huhu...so,mlm tu,stlah solat maghrib kt masjid klawang,ktorg pn g la mkn satay...bg aku,satay ni sdap la,tp nk thu lbih lanjut,tye la 4 skawan ni,huhu...
Gambo satay tulang n ayam...satay daging dh bermaharajalela dlm perut,hehe...

tp,sygny, dorg dtg bkn musim buah,skdar kuinin n durian sebijik je yg bru ada,hehe...
"manggis ado la,tp awal sgt ni ah,dlm sbulan stongah msak la,ajak la kwn2 maso tu,hehe" tutur ayahku...
So,akhir kta jemput la dtg umah aku ni kwan2 oi,aku bkan kupik,tp agak jauh nk dtg...
so,yg nk dtg tu,tye la arahny ngn nudin,hehe...(aku ingat jalan g nilai je dri jelebu ni,dri seremban aku xigt sgt,huhu...)
p/s: 1.kpd rakan2 ku ber4 td,jemput la dtg lg,hehe...waktu umah atas siap ye,huhu...
2.rakan2 lain yg nk dtg gak,meh la...sila la dtg ke pondok usang ni...
3.kpd yg teristimewa ku(hehe,mustahil,haha)
So,jmput la dtg ye...umah aku sntiasa trbuka,hehe..
k la,byk dh ngarut..
nite...
Assalamualaikum...

Saturday, May 23, 2009

Gambar2 Di UTHM...

Assalamualaikum wbt...

hm,bersua kembali,hehe....
pas blik uthm bru ni,xdan nk update blog...
so,memaaf byk..


aku nk ltak la gamba sket2 waktu konvensyen bru ni kt uthm...
so,saksikanlah,haha...

hm..lawatan di ternakan ikan keli di Parit Jelutong...


lawatan kt kilang mee...













dinner time,bersama YDP UM...















lpas dinner,posing jap...huhu...


kt dewan uthm ni la,byk acara berlangsung..



byk tu je la,gmba yg dpat dikongsi,hehe...
tp menarik gak la..
mluaskan pemikiran kte tntg isu2 semasa berdasarkan pndangan mahasiswa...

Apepn...
"Kurangkan kontrovesi,tingkatkan prestasi"

huhu...xde modal nk tutup la...
k,slamat malam...

Assalamualaikum...

p/s:Pmbentangan kertas keje USIM oleh Ustaz Najib tlah dterima,tahniah ustaz najib, nice ceramah,hehe...
















Sunday, May 17, 2009

"Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009"

Assalamualaikum wbt...

hai...
dh lame xupdate blog ni,maaf ye(especially din,huhu),baru2 ni,lpas blik dari kedah,trus kna hadir konvensyen ni,so hrap2 fham ye,hihi...

alhamdulillah,msuk hari ni(17 Mei 2009), dah 3 hari brada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM). Sedikit info tentang konvensyen ni,pada edisi kali ketiga ni,ia disertai oleh MPP dari seluruh IPTA dan 3 uni dari IPTS. Universiti yang terlibat termasuk lah, UM,UKM,USM,USIM,UiTM,UIA,UPM,UTHM, dan 12 buah IPTA lain lg ,dan 3buah uni dari swasta, UNISEL,UNITAR dan UNITEN.

Di sini,banyak pengisian yang telah dianjurkan oleh Universiti Tun Hssein Onn Malaysia(UTHM) dan Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia( MAKLUM) dgn kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Selama 3 hari ni,pelbagai forum dan ucapan tokoh telah diadakn.

JUMAAT(15 Mei)
Kami tiba di UTHM pada pkul 1.30 ptg setelah brtolak dri Sutra Indah dlm pkul 9.30pg...

SABTU(16 Mei)
Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB Dato' Seri Khaled Nordin(Menteri Pengajian Tinggi) pada hari SABTU pagi manakala di sebelah malamnya pula, diadakan sesi bersama YB Dato' Saifuddin Abdullah(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2). Manakala dua sesi tokoh telah dijalankan. Dua tokoh yang terlibat ialah Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam dan Datuk Dr. Adham Baba. Forum Akademik juga telah berlangsung di pagi hari dgn beberapa panel termasuk Prof Datuk Dr. Mohd Yusof, YDP UTHM dan YDP UPSI.

AHAD(17 Mei)
Pada hari ini, sesi pembentangan kertas kerja telah dijalankan. Sesi telah dibahagikan kepada 4 sesi,bidang akademik,bidang kepimpinan, pembangunan sahsiah dan ekonomi & keusahawanan. 13 buah universiti telah membuat kertas kerja bagi pembentangan ini,termasuk USIM.
Usim telah membuat pembentangan di dalam bidang pembangunan sahsiah yang bertajuk; "Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa di IPTA:Melalui Pendidikan Agama Secara Berterusan". NYDP 1,saudara Najib Taha telah membentang kertas kerja ini dengan jayanya. berharap kertas kerja ini dapat membentuk cadangan resolusi pada hari selasa ini.

ok2..
banyak lagi nk tulis sbnarnya...
tp,nk tdo dlu ye,hehe..
Esok ada aktiviti Khidmat Masyarakat,so kna la rhatkan dri dlu ye..

ok,akhir kata, "Mahasiswa Kini, Penggerak Pimpinan Masa Akan Datang"...

Slmt Malam...
salam dari UTHM...

p/s:Saksikan "FORUM SUARA SISWA" lintas langsung dari Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA di saluran RTM 1 pada SELASA, JAM 8MLM...

Friday, May 8, 2009

"PERAGUT DURJANA"

Assalamualaikum wbt...

sdih sgt2 dlm bulan ni..
kes jenayah berleluasa sgt2...sjak kblakangan ni...
hm..skit ati, sdih n pilu,bila kes2 ragut yg kdang2 yg xmngenal mangsa apabila tlah mragut nyawa dua ibu yg hamil..

dorg ni xde hati prut ke..

kes 1...

KOTA BHARU: Seorang ibu yang mengandung tiga bulan, maut apabila selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal dekat Padang Raja di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Saripah Mohd Nor, 33, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada tubuh. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Jel, Repek, dekat Bachok, selepas seminggu menjaga ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat.

kes 2..

Polis Johor tahan suspek kes ragut

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan malam tadi di Batu Pahat, bagi membantu siasatan kes ragut menyebabkan kematian seorang wanita hamil di Ayer Hitam, Selasa lalu.

"petikan daripada akhbar berita harian"...

betapa kejamnya manusia hari ni..
kdang2...
dlnm handbag tu xsmpai beratus pn,tp sbab xde hati perut,dorg ni sanggup membunuh....
trok btul...

kpd sekalian peragut2..
insaf2 la...
mlihat anak2 arwah yg msih kcil..
sdih sgt2...

akhir kata...
waspada kepada semua kerana jenayah xmngenal mangsa skrg...

Lingkungan sehari-dua...

Assalamualaikum wbt...
hm..dh lama xmnulis,sbb cbuk sket la 2,3 ari ni..

pertama skali,broadband lmbat byar 1hari,tu pyah sket nk on9,huhu...

Ari rabu ari tu,drive g nilai selesaikan psal msin bsuh,tp xtau la camne,surat dh siap,tggu kputusan dri pmbekal je la...huhu..

ari khamis,aku bcadang nk blik umah nenek,so,beli la tket bas,blik changlun..
maklum la,jga nnek waktu cuti ni,dpat la phala gak...so..xg la aku kem...haha..tp, dlm pkul 10.45 sblum brtlak blik, teman baik aku call,cite psal kmatian arwah nenek die..Innalillahi wa inna ilaihi rojiu'n...
aku tumpang sdih..dh la die cbuk,dlm 2,3 blan ni..ak mmg simpati ngn die...
on the way blik kdah lak, 1lori minyak tergelincir,blog 1jlan..
so..trsekat la dlm 2jam kt ctu..ak smpai changlun pn dlm pkul 10mlm...
so ari tu..mcm2 prasaan ada, gmbira, sdih, simpati, ltih n mcam2 prasaan berbaur skali...
ok la,antara satu kurnian dari Allah,mmpunyai plbgai perasaan...
ada org tu,xde perasaan lak,lg truk kn...
so,bersyukur ke hadrat Ilahi,dlm ari ni,ak dpat byak pengajaran tntg kematian,kesabaran n lain2...Alhamdulillah...

Akhir kta...
jmpe lg ye...4,5 ari ni..
kt umah nnek la...

p/s:kpd sume pmbca hadiahkan "Al-Fatihah" buat arwah nnek shabatku yg tercinta...

Saturday, May 2, 2009

"Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha"

Assalamualaikum wbt...





hm...ak dpat gak abiskan nvel yg ak beli kt pesta bku bru ni..

fuh..bole than..xla mcam ayat2 cinta,perfect sgt laki tu...

ok gak la yusuf dlam nvel ni,hehe..


kire xla rugi sgt duit ak beli nvel ni,hehe..

Nvel ni dkarang oleh Taufiqurrahman al-Azizy dan dterbitkn oleh Global Aksara Communication.
Ni antara kndungn 2 yg dpetik dlam nvel ni;
"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk bisa dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya Ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf?."
hehe..itu la serba sdikit..
bg ak,ok je..
tp,bca la sndiri ye,ak ni mmg sume nvel sedap klu ak bca..
hehe..

Gmba ak tgh mengenang andai diri ini mempunyai akhlak sperti pmuda di dlam nvel,hihi...

So,akhir kta,erti cinta,rindu dan kasih sayang adalah fitrah...Syariah tidak boleh menghapuskan perasaan,melainkan membataskan dan mengarahkan perasaan itu agar sesuai dengan landasan agama dan kehendak-NYA...