Tuesday, October 20, 2009

~N9 monang weh~Suku akhir pertamo...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan meraih bekalan selesa yang dicari-cari apabila menewaskan Kuala Muda Naza 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di tempat sendiri, semalam.

Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ternyata digunakan sebaik mungkin skuad Hoben Jang Hoben itu untuk memahat kelebihan sebelum bertandang ke Stadium Darul Aman untuk suku akhir kedua, Sabtu ini.

Bagaimanapun, anak buah Wan Jamak Wan Hassan semalam terpaksa menunggu hingga minit ke-39 untuk membuka jaringan menerusi Mohd. Zaquan Adha Razak yang menyambut kemas hantaran lintang S. Gunalan.

Kuala Muda yang cuba bangkit di babak kedua bagaimanapun menerima tamparan hebat apabila pemainnya, Anuar Jusoh dibuang padang pada minit ke-56 kerana mengasari Idris Karim.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin Negeri Sembilan untuk menambah jaringan 10 minit kemudian menerusi Hairuddin Omar yang merembat kencang dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran Rizal Zambri Yahya.

Turut mencatat kemenangan selesa semalam adalah Perlis yang menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium JCorp Pasir Gudang.

Walaupun menang tipis, Perlis boleh dianggap membawa bekalan selesa kerana bakal beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Utama Negeri, Sabtu ini.

Gol-gol Perlis dijaringkan K.Soley (m-39) melalui rembatan kencang dari sudut kanan kotak penalti dan hasil sepakan lambung Ahmad Fakri Saraani (m-65).

Skuad Singa Utara turut dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-14 selepas Mohd. Nizaruddin Yusof dijatuhkan oleh penjaga gawang skuad Lebah, G. Jeevanantham namun gagal disempurnakan Nizaruddin selepas itu.

Perlawanan ini turut dicemari insiden ganas apabila pemain Johor FC, Eddy Helmi Manan diperintah keluar padang pada minit ke -79 selepas didapati menumbuk muka serta menendang Amzar Juhaidi Abd. Jalil.

Gol saguhati tuan rumah pula dijaringkan pemain gantiannya Mohd. Ezaidy Khadar (m-89) hasil sepakan kencang dari dalam kotak penalti.

Juara Liga Super, Selangor pula mensia-siakan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Terengganu dalam perlawanan di Stadium Shah Alam.

Mohd. Amri Yahyah menjaringkan gol pendahuluan buat Selangor selepas menampan hantaran lintang P. Gunalan pada minit ke-21.

Bagaimanapun Terengganu hanya memerlukan dua minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik Zairo Anuar Zalani dari jarak 40 meter.

Keputusan ini menyaksikan Selangor bakal berdepan tugas berat apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.

Satu lagi pasukan tuan rumah, KL Plus juga diikat dengan keputusan seri 1-1 oleh Kelantan dalam perlawanan di Stadium KLFA Cheras.

Indra Putra Mahayuddin meletakkan Kelantan lebih dulu di depan pada minit ke-13 sebelum Fadzli Shaari menyamakan kedudukan buat KL Plus pada minit ke-30.

hehe...xdapek nk g paroi pn jd la,dapek thu rsult,hihi...

p/s: tggu suku akhir kduo pulak kt kedah....

0 comments: