Sunday, May 17, 2009

"Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009"

Assalamualaikum wbt...

hai...
dh lame xupdate blog ni,maaf ye(especially din,huhu),baru2 ni,lpas blik dari kedah,trus kna hadir konvensyen ni,so hrap2 fham ye,hihi...

alhamdulillah,msuk hari ni(17 Mei 2009), dah 3 hari brada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM). Sedikit info tentang konvensyen ni,pada edisi kali ketiga ni,ia disertai oleh MPP dari seluruh IPTA dan 3 uni dari IPTS. Universiti yang terlibat termasuk lah, UM,UKM,USM,USIM,UiTM,UIA,UPM,UTHM, dan 12 buah IPTA lain lg ,dan 3buah uni dari swasta, UNISEL,UNITAR dan UNITEN.

Di sini,banyak pengisian yang telah dianjurkan oleh Universiti Tun Hssein Onn Malaysia(UTHM) dan Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia( MAKLUM) dgn kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Selama 3 hari ni,pelbagai forum dan ucapan tokoh telah diadakn.

JUMAAT(15 Mei)
Kami tiba di UTHM pada pkul 1.30 ptg setelah brtolak dri Sutra Indah dlm pkul 9.30pg...

SABTU(16 Mei)
Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB Dato' Seri Khaled Nordin(Menteri Pengajian Tinggi) pada hari SABTU pagi manakala di sebelah malamnya pula, diadakan sesi bersama YB Dato' Saifuddin Abdullah(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2). Manakala dua sesi tokoh telah dijalankan. Dua tokoh yang terlibat ialah Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam dan Datuk Dr. Adham Baba. Forum Akademik juga telah berlangsung di pagi hari dgn beberapa panel termasuk Prof Datuk Dr. Mohd Yusof, YDP UTHM dan YDP UPSI.

AHAD(17 Mei)
Pada hari ini, sesi pembentangan kertas kerja telah dijalankan. Sesi telah dibahagikan kepada 4 sesi,bidang akademik,bidang kepimpinan, pembangunan sahsiah dan ekonomi & keusahawanan. 13 buah universiti telah membuat kertas kerja bagi pembentangan ini,termasuk USIM.
Usim telah membuat pembentangan di dalam bidang pembangunan sahsiah yang bertajuk; "Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa di IPTA:Melalui Pendidikan Agama Secara Berterusan". NYDP 1,saudara Najib Taha telah membentang kertas kerja ini dengan jayanya. berharap kertas kerja ini dapat membentuk cadangan resolusi pada hari selasa ini.

ok2..
banyak lagi nk tulis sbnarnya...
tp,nk tdo dlu ye,hehe..
Esok ada aktiviti Khidmat Masyarakat,so kna la rhatkan dri dlu ye..

ok,akhir kata, "Mahasiswa Kini, Penggerak Pimpinan Masa Akan Datang"...

Slmt Malam...
salam dari UTHM...

p/s:Saksikan "FORUM SUARA SISWA" lintas langsung dari Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA di saluran RTM 1 pada SELASA, JAM 8MLM...

0 comments: